PENGENALAN

Moido Walai Toko Homestay Abai terletak paling dekat dengan mulut Sungai Kinabatangan -

Homestay di tubuhkan pada tahun 2001.Di Kampung Abai majoriti adalah suku kaum Sungai tempatan. Moido Waloi Toko Homestay Abai adalah sebuah perkampungan yang indah di sekitar empat puluh buah rumah dengan penduduk lebih kurang  tiga ratus orang.Setiap rumah mempunyai pemandangan sungai, kecuali beberapa rumah kerana ia duduk di pertengahan kerana mempunyai sungai di kedua-dua belahnya. Pada masa ini terdapat 4 keluarga homestay dengan jumlah kapasiti 20 tetamu.

Setiap rumah keluarga homestay mempunyai kemudahan bilik air dalaman,dapur,bilik tidur,ruang tamu dan lain-lain.Makanan tradisional tempatan adalah seperti biunggan,ikan sopong ampap,ikan patin rebus,sayur pucuk ubi kayu tumis, sambal belacan dan banyak lagi.Terdapat menu vegetarian juga yang disediakan(jika perlu).

Antara aktiviti yang melibatkan keluarga homestay adalah memasak makanan tempatan, sukan rakyat dan aktiviti pertanian.

Di samping itu,kami memohon agar para pegunjung dapat menghormati budaya kami agar kami dapat mengekalkan cara hidup kami.




(Stories from Abai Village)

3 comments:

  1. menarik hati saya untuk datang ke homestay ini
    pakej yang berpatutan
    aktiviti yg sangat menarik

    ReplyDelete
  2. menarik hati saya untuk datang ke homestay ini
    pakej yang berpatutan
    aktiviti yg sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh , Alhamdulillah . kami akan pastikan setiap pelanggan kami yang datang berpuas hati dgn perkhidmatan kami. jemput lah datang yaa :)

      Delete